Bantuan Perkahwinan Selangor : Insentif Generasi Muda Selangor
Untuk pasangan dari negeri Selangor, jangan lupa mohon bantuan perkahwinan Selangor yang diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin.
Kos melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.
Program bantuan perkahwinan di Selangor ini lahir setelah Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan syarat permohonan, syarat kelayakan, serta cara semakan bantuan perkahwinan Selangor.
Artikel Lain: Bantuan Perkahwinan Wilayah Persekutuan MAIWP
Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)
Bantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).
Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGEMS) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.
Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.
Manfaat Program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)
Nilai insentif yang diberikan adalah RM300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).
Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.
Syarat Permohonan Berdasarkan Individu
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan:
- Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
- Warganegara Malaysia
- Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
- Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
- Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
- Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
- Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
- Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)
Syarat Kelayakan Penerima Insentif RM300
Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGEMS.
Untuk semakan permohonan, boleh semak di halaman berikut https://igems.yawas.my/admin/semakan.php
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk laman web https://igems.yawas.my/
ATAU tonton video di bawah:
Sumber: https://ecentral.my/igems-bantuan-perkahwinan-selangor/