Rumah Selangorku 2022: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini

Rumah Selangorku 2022: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini.

Artikel lain: Cara Memohon Rumah PRIMA 2022

Rumah Selangorku 2022: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini

Bagi memastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami, Dasar Perumahan Negeri Selangor merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ menerusi Skim Rumah Selangorku.

Ringkasnya, skim ini merupakan perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.

Terkini, Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan bahawa sebanyak 204,871 unit Rumah Selangorku pada tahun ini telah diterima, kata EXCO perumahan.

Daripada jumlah itu lebih 60,000 telah diluluskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan 18,647 unit sedang dibina di sekitar Lembah Klang.

Mesti ramai nak tahu apakah Skim Rumah Selangorku, siapa yang layak, rumah jenis apa dan bagaimana pula cara permohonannya kan?

Jom semak seterusnya di bawah ini.

Apakah Skim Rumah Selangorku?

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Maka salah satu cara nak memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan adalah melalui adalah inisiatif Rumah Selangorku.

Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.

rumah selangorku

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  3. Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  4. Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000
skim rumah selangorku

Senarai Projek Terkini

Senarai projek terkini boleh dilihat di senarai ini:

https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs

ATAU terus ke pautan

https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/borang/SENARAI_PROJEK.pdf

Harga & Jenis Rumah Selangorku

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Umumnya, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST.

Ia juga bergantung kepada

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi dan
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf

Cara Permohonan Rumah Selangorku

  1. Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  4. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS  https://ehartanah.lphs.gov.my

*Nota :

Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut : http://ehartanah.lphs.gov.my/

rumah selangorku

Garis Panduan Permohonan

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Semakan Permohonan

Cara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  2. Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  3. Pilih tab ‘Semak Status’
  4. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Semak’

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya

Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

  • Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
  • Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

  • Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.
  • Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
  • Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke aduan@lphs.gov.my.

Sumber: https://ecentral.my/rumah-selangorku/