MyPSV : Permohonan Lesen PSV Percuma B40

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai MyPSV 2023 permohonan lesen PSV percuma untuk B40.

Lain: Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS

MyPSV

Berikut adalah maklumat mengenai MyPSV yang dikongsikan oleh laman MyPSV 2023 – Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40 (ecentral.my)

Apa itu MyPSV

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan MyPSV – Lesen PSV Percuma Untuk B40 2023

INDIVIDU TERJEJAS AKIBAT PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 UNTUK MEMPEROLEHI LESEN VOKASIONAL BAGI KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM [E-HAILING/ TEKSI/ BAS]

PENDAFTARAN TERHAD KEPADA PERMOHONAN YANG TERAWAL

KUOTA 4,000 PESERTA :

  • 500 PESERTA PSV BAS

3,500 PESERTA PSV E-HAILING/TEKSI

SYARAT PESERTA :

  1. WARGANEGARA
  2. BERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS
  3. LULUS PEMERIKSAAN KESIHATAN (JPJL8A)
  4. BEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & PDRM
  5. PEMOHON PSV (E-HAILING/TEKSI) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D/ DA
  6. PEMOHON PSV (BAS BTM > 7,500 KG) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D TIDAK KURANG 1 TAHUN

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 (Peserta)

1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.

2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.

3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.

4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.

6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.

7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.

10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.

11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM :

Tarikh permohonan adalah bermula pada 3 JULAI 2023.

Tarikh tutup penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

mypsv

Cara Permohonan

BORANG PERMOHONAN PROGRAM MyPSV :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform?fbclid=IwAR1u3KDy40zXTW014fmqd1LcO-n3ac3KYtYLP_6i__zQ115WGcrnX6zTNwA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: mypsv@jpj.gov.my atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini: https://drive.google.com/file/d/16zYEr5w6zbRly7EcrqcPGcP4GOCDZSvj/view?usp=drive_link 

HUBUNGI TALIAN :

03-8892 8714 03-8892 8693

ALAMAT E-MEL :

mypsv@jpj.gov.my

Sumber: MyPSV 2023 – Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40 (ecentral.my)