Skim Khairat Kematian (SKK) 2023: Cara Mohon & Syarat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Skim Khairat Kematian (SKK) 2023 Permohonan & Syarat yang perlu anda ketahui yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Skim Khairat Kematian (SKK) 2023: Permohonan & Syarat (ecentral.my)

Menarik: Tawaran Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia Universiti Malaya, UM

Apa itu Skim Khairat Kematian

Ramai yang tidak tahu bahawa bagi waris pemohon/pasangan yang lulus STR yang telah meninggal dunia, anda boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2023.

Bantuan SKK ini disediakan oleh  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah dan Jenis Bantuan Skim Khairat Kematian

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1000 tunai.

Berikut merupakan tempoh permohonan bagi bantuan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK):

Tarikh Kematian 
Pemohon/Pasangan
 yang LULUS STR 
Tempoh Tuntutan SKK Jumlah Tuntutan SKK 
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023 RM1,000.00 

Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian

Berikut merupakan perincian syarat kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK):

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Skim Khairat Kematian (SKK)
  • Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan 
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:  
  1. Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau 
  2. Urusan tuntutan SKK  
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  • Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:  
  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu 

Cara Mohon Skim Khairat Kematian

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia

Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:  

  1. Sijil Kematian Pemohon/Pasangan; 
  2. Kad Pengenalan asal Waris; dan 
  3. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Skim Khairat Kematian

Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Skim Khairat Kematian (SKK), sila berhubung dengan pgawai yang bertugas melalui talian berikut:

Telefon: 1-800-88-2747
Emel: str@treasury.gov.my

Sumber: Skim Khairat Kematian (SKK) 2023: Permohonan & Syarat (ecentral.my)