Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Buka Akaun ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter dan buat di rumah sahaja.
Sumber: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Aplikasi MYASNB dan Buat Di Rumah Sahaja
Berita baik untuk mana-mana individu, ibu ayah yang nak buka akaun ASB untuk anak-anak atau diri sendiri, anda kini dah tak perlu nak beratur atau keluar ke kaunter cawangan ASNB lagi.
Sekarang ni ASB dah boleh buka akaun secara online sepenuhnya!
Kalau belum biasa dengan pelaburan, ASB sesuai sebagai permulaan sebab ASB ni, risikonya rendah dan modal terjamin.
ASB ni sesuai juga untuk anda ‘park’ dana kecemasan.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang ASB dan tutorial cara nak buka akaun ASB secara dalam talian melalui Portal myASNB.
Apakah Amanah Saham Berhad (ASB)?
ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
Melalui ASB, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh dapat dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank sahaja!)
Apa Itu myASNB?
myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).
Antara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
- Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
- Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
- Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my
Permodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online!
Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapat Tabung Percuma
Cara Buka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online
Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB
Untuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:
LANGKAH PERTAMA
Muat turun aplikasi myASNB.
LANGKAH 2
Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
LANGKAH 3
Buat proses verifikasi identiti.
Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.
LANGKAH 4
Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.
SELESAI
OK siap! Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Selamat mencuba.
Rujuk video tutorial di bawah untuk maklumat lanjut:
NOTA:
Anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:
- 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
- Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my
Baca juga: Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)
Maklumat Lanjut Tentang Cara Buka Akaun ASB Online
Pastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain.
Teruskan bersama ASNB dan nantikan ciri baharu aplikasi myASNB dalam masa terdekat.