Cara Pendaftaran eKasih, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Pendaftaran eKasih, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima.

Sumber: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. 

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih 2022 berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.

ekasih

Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih

Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.

Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:

1. Program MyKasih

Pada tahun 2021 – Januari 2022, mereka yang tersenarai dalam data eKasih akan menerima bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan di bawah Program MyKasih.

ekasih

Semakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/

ekasih

2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2022.

ekasih

3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)

Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.

Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.

i-suri kwsp

Rujuk cara daftar Program Kasih i-Suri KWSP.

4. Bantuan JKM

Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
  • Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  • Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

Info lanjut: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022 (Online/Manual)

Berikut adalah antara bantuan yang pernah dikongsikan oleh penerima eKasih:

ekasih
ekasih
ekasih

Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

ekasih

Proses Permohonan

ekasih

Panduan Pendaftaran

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
ekasih

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih 2020, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Semakan Status eKasih 2022

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my