Dividen ASB 2022 & Kadar Agihan, Bonus ASB

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai dividen asb 2022 serta kadar agihan asb & bonus asb

Lain: Tarikh Pengumuman Dividen Tabung Haji 2022 TH

Dividen ASB 2022

Berikut adalah maklumat mengenai dividen asb 2022 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/dividen-asb-2022/

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

dividen asb 2022

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB22

Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022

Berikut adalah poster hebahan berkenaan penangguhan urus niaga ASB yang dikongsikan di media sosial:

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 21 Disember hingga 31 Disember 2022.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2023. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.

dividen asb 2022

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2022

22 Disember 2022

Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun pada 1 Januari 2023 secara online di Portal MyASNB dan 3 Januari di Kaunter ASNB.

dividen asb

Jumlah Dividen + Bonus ASB 2021 & Sebelumnya

Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.

Untuk makluman, pengumuman dividen Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan secara langsung pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.

TERKINI:

Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%
dividen asb

Pautan untuk siaran – https://fb.me/e/1yaeHA7su

dividen asb
dividen asb

Dividen ASB 1990-2020

dividen asb
dividen asb 2020

Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman

dividen asb 2021

Cara Semakan Dividen ASB Online

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan
secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan
cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :

Sumber: https://ecentral.my/dividen-asb-2022/