Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Belanjawan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam dan Pesara, Tarikh, Jumlah Bayaran serta Semakan.
Sumber: Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara (ecentral.my)
Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara
Berita gembira buat semua penjawat awam!
Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.
Dijangkakan bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?
Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.
Tarikh Bayaran
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.
Jumlah Bayaran
Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM700
Pesara Kerajaan – RM350
Baca juga:
- Bajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP
- Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani
- STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga