Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara buat aduan jalan berlubang online menerusi aplikasi MYJalan KKR
Lain: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM)
Aduan Jalan Berlubang Online
Berikut adalah info mengenai cara buat aduan jalan raya berlubang online yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Aplikasi MYJalan KKR: Aduan Jalan Berlubang Online (ecentral.my)
Apa itu MYJalan?
Aplikasi MYJalan KKR adalah salah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.
Aplikasi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.
Pembangunan aplikasi MYJalan bakal menjadi platform aduan setempat (one stop centre) bagi memudahkan pengguna membuat aduan.
Melalui aplikasi ini, semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara KKR, selaras prinsip ‘No Wrong Door Policy’ atau dasar menyalur penambahbaikan, terutama ketika berlaku kecemasan.
Pelancaran Kempen MYJalan
Pelancaran Kempen MYJalan telah diadakan pada Ogos bagi mengambil kesempatan bulan kebangsaan, di samping memberi penghargaan kepada warga KKR yang terbabit dalam pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) menerusi program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (JRTB) FT04.
Program ini bertujuan menghargai sumbangan dan jasa warga Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terkorban akibat serangan komunis ketika pembinaan.
Melalui pelaksanaan kempen ini, rakyat diberi pendedahan dan kefahaman mengenai jenis-jenis jalan dan tanggungjawab pihak berkenaan.
Kempen ini adalah inisiatif jangka panjang dan akan membabitkan beberapa fasa pelaksanaan.
Muat turun aplikasi
Rakyat Malaysia boleh mula memuat turun aplikasi MYJalan oleh KKR untuk menyalurkan sebarang aduan kerosakan jalan raya secara terus melalui peranti mudah alih anda.
Sila kli salah satu pautan di bawah untuk memuat turun apliksi ini secara percuma:
- Google Play (Untuk pengguna Android)
- App Store (Untuk pengguna iOS)
- AppGallery (Untuk penggun Huawei)
Cara menghantar aduan kerosakan jalan raya
Untuk menghantar aduan, sila rujuk fail Panduan Pengguna (Pengadu) yang telah disediakan oleh pihak KKR.
Sumber: Aplikasi MYJalan KKR: Aduan Jalan Berlubang Online (ecentral.my)