Cara Tukar Akaun KWSP Kepada Akaun Shariah KWSP Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan mudah untuk cara tukar akaun kwsp konvensional kepada akaun simpanan shariah kwsp

Baca juga: JPKA Sabah : Cara Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)

Cara Tukar Akaun KWSP Kepada Akaun Shariah KWSP

Berikut adalah maklumat mengenai cara tukar akaun kwsp yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/akaun-simpanan-shariah-kwsp/

Apa itu Akaun Simpanan Shariah KWSP

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Konsep Pelaburan Patuh Syariah adalah seperti berikut:

  • Selain daripada pelaburan beretika yang bebas daripada pelaburan dalam sektor yang menghasil dan mempromosi antara lain alkohol, perjudian, hiburan dewasa dan senjata ketenteraan, semua aset pelaburan juga akan melalui proses saringan syariah berdasarkan kriteria dan garis panduan syariah yang ditetapkan oleh JKPS bagi menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian dalam kontrak), maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak halal.
  • Untuk memastikan pematuhan syariah menyeluruh ke atas pelaburan Simpanan Shariah, JKPS telah menetapkan polisi syariah berkaitan pematuhan dan pengawasan pelaburan patuh syariah yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Oleh kerana jumlah aset pelaburan syariah KWSP (portfolio syariah) adalah lebih besar daripada jumlah simpanan ahli Simpanan Shariah, Simpanan Konvensional akan turut sama melabur di dalam portfolio syariah.
  • Pendapatan yang terhasil daripada portfolio syariah dialokasikan kepada Simpanan Shariah mengikut bahagiannya di dalam portfolio tersebut.

Mengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?

Bagi yang beragama Islam,

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
akaun shariah kwsp

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.

Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Kadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional

Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah kompetitif.

Malah, lebih mudah lagi kerana akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.

Perbezaan Akaun Konvensional VS Akaun Shariah

Berikut adalah perbezaan antara Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional KWSP:


Simpanan Shariah
Simpanan Konvensional
KeahlianSemua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
Akad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahTidak berkenaan
Kadar dividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh SyariahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus SyariahTidak berkenaan
Pertukaran akaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasaAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
akaun shariah kwsp

Penyucian Dividen

Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam.

akaun shariah kwsp

Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.

dividen kwsp 2022 2023

Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.

TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20216.105.65
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90

Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Ahli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.

Caranya:

LANGKAH 1

Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

i akaun

LANGKAH 2

Pilih tab Simpanan Shariah

akaun shariah kwsp

LANGKAH 3

Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.

akaun shariah kwsp

Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

akaun shariah kwsp

Rujuk:

akaun shariah kwsp

NOTA:

Ahli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.

Dapatkan maklumat lanjut di https://bit.ly/3h0LOZj

Untuk maklumat lanjut tentang Akaun Shariah KWSP, sila rujuk pautan berikut:

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah

Sumber: https://ecentral.my/akaun-simpanan-shariah-kwsp/