AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online

AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online.

Artikel Lain: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC

AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau singkatannya AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalah kewangan mereka melalui pelbagai cara.

AKPK telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (2000 – 2010).

Agensi ini membantu individu dalam masalah kewangan melalui pelbagai cara antaranya:

  1. Pendidikan kewangan
  2. Khidmat nasihat kewangan
  3. Program pengurusan kredit
akpk

Disebabkan COVID-19, ramai pihak yang terkesan daripada aspek kewangan akibat dibuang kerja, pendapatan perniagaan merosot dan sebagainya yang menyebabkan terdapat banyak hutang jahat yang tidak dapat dilunaskan mengikut jadual.

Sekiranya anda menghadapi masalah sebegini, AKPK mungkin dapat membantu anda untuk menstrukturkan semula bayaran hutang anda.

Daftar dan Login akaun AKPK

  1. Layari halaman khas untuk pelanggan di alamat https://www.akpk.org.my/home/gateway
  2. Klik pada tulisan “Click Here to Login”
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login
    • Sekiranya anda merupakan pengguna baru, klik pada tulisan “Pengguna Baru? Daftar di sini.
  4. Klik butang “Login”

Cara semak baki

Mahu ketahui berapa jumlah baki yang perlu dibayar? Mudah sahaja ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk akaun anda
  2. Klik pada Finance
  3. Klik pada “Statement of Account Report”
  4. Pada bahagian Data Range, anda boleh meletakkan tempoh tahun yang anda ingin semak
  5. Klik pada “View”
  6. Baki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.

Cara bayaran online melalui website APKP

Anda boleh melakukan pembayaran online terus daripadakan akaun APKP anda. Caranya:

  1. Login akaun anda
  2. Klik pada “DMP Service”
  3. Klik pada “Facility Statement”
  4. Anda boleh melengkapkan pembayaran secara online menggunakan FPX dan pilihan bank yang tersedia
  5. Simpan resit bayaran anda sebagai bukti untuk rujukan sendiri atau rujukan sekiranya terdapat permalasalah di kemudian hari

Cara bayaran online melalui Maybank2u

Sekiranya anda merupakan pelanggan Maybank dan menggunakan perkhidmatan Maybank2u, anda boleh membuat pembayaran terus dari laman Maybank2u.

  1. Log masuk akaun Maybank2u anda
  2. Klik “Bill Payment”
  3. Pilih “Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit”
  4. Masukkan butiran yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan amaun yang ingin dibayar

Sumber: https://ecentral.my/akpk/