Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Bagi Semua Murid

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Bagi Semua Murid, Syarat Kelayakan, Cara Permohonan, Kadar Bayaran serta Semakan.

Sumber: Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Bagi Semua Murid

bap 2023

Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Untuk Semua Murid

Dalam Bajet 2023, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Januari 2023.

Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) yang diumumkan dalam #Bajet 2023 sebentar tadi.

bantuan awal persekolahan 2023

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Namun bermula 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.

Kadar Bantuan

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2023.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal tanpa mengira had pendapatan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023

BAP 2023 akan disalurkan mulai Januari 2023.

Baca juga: Login DELIMa KPM: Digital Educational Learning Initiative Malaysia

Cara Permohonan

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem tersebut.

Jika anda belum pernah berbuat demikian, sila rujuk Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

Sila rujuk rangkuman terkini Belanjawan 2023 melalui artikel Bajet 2023 : Senarai Bantuan Belanjawan Yang Diumumkan Untuk Rakyat.