Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) Kerajaan Negeri Sabah

Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) Kerajaan Negeri Sabah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) Kerajaan Negeri Sabah : Cara Permohonan, Tarikh Permohonan, serta Syarat Kelayakan.

Baca Juga : Perantisiswa KKMM GOV MY: Skim Free Tablet 2022

Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) Kerajaan Negeri Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.

Bantuan yang diwujudkan dengan peruntukan sehingga RM 1.5 juta ini menyasarkan sehingga 1,000 penerima yang tergolong daripada pelajar miskin tegar.  

Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021 ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Perlaksanaan inisiatif Fasa 1 yang dijalankan pada tahun lepas melibatkan peruntukan sehingga RM 15 juta dan mampu memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.

Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bantuan yang disediakan ini.

Baca Juga : Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) Untuk Warga Selangor

Kriteria Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  2. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  3. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  4. Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara Memohon

Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan ini untuk lakukan permohonan
    PERMOHONAN BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 2.0, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-ihsan-komputer-2-0/