Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022: Permohonan & Semakan Online Komputer Riba

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan info tentang bantuan laptop Yayasan Negeri Sembilan, cara permohonan, syarat kelayakan serta semakan online.

Artikel lain: Dermasiswa B40 2022 Cara Permohonan Online dan Semakan

Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022: Permohonan & Semakan Online Komputer Riba

Untuk makluman, bagi permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan untuk tahun 2022 telah pun dibuka secara rasminya.

Fokus bantuan ini adalah meringankan bebanan para siswa atau siswi dalam golongan B40 serta asnaf untuk memudahkan pembelajaran pelajar.

Dengan adanya bantuan komputer riba ini, membolehkan para pelajar dari keluarga yang kurang senang dapat memiliki komputer riba sendiri dan boleh menghadiri kelas online atau atas talian tanpa membebankan para pelajar untuk mengikuti kelas secara atas talian.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022? Apakah syarat kelayakan pendaftaran komputer riba Negeri 9? Apakah cara semakan atau check status online?

Syarat Kelayakan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

Syarat Kelayakan Bantuan Laptop/ Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022
1. Anak kelahiran Negeri Sembilan ( No Kad Pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun (Sila kemukakan Sijil Berhenti Sekolah Rendah dan Menengah).
2. Pendapatan Isi Rumah B40 terkini (Sila kemukakan Penyata Gaji atau Surat Pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).
3. Pelajar IPTA/POLITEKNIK yang masih belajar di peringkat pengajian, DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (Pelajar Sepenuh Masa).
4. Pelajar Tahun Pertama (1) sahaja (Sila kemukakan Surat Pengesahan Belajar).
5. Sekiranya terdapat 2 Permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya (1) satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Dokumen Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Berikut adalah Senarai Dokumen yang perlu di Upload/Muat Naik semasa Permohonan/Pendaftaran :

Dokumen Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022
1. Kad Pengenalan Pelajar.
2. Surat Tawaran Belajar.
3. Surat Pengesahan Belajar.
4. Sijil Berhenti Sekolah Rendah Darjah 6 atau Menengah Tingkatan 5.
5. Penyata Gaji Ibu dan Bapa.
6. Surat Pengesahan Pendapatan Bapa dan Ibu (Sekiranya Tidak Mempunyai Pendapatan/Tiada Slip Gaji).
7. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa.

Permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Panduan Lengkap Cara Permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022 Atau Borang Pendaftaran Bantuan Komputer Riba B40 Secara Online.

  1. Sila klik link Rasmi Permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan di sini: Cara Permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022.
  2. Anda akan dibawa ke halaman terma dan syarat bantuan komputer riba yayasan negeri sembilan.
  3. Klik [next] di bahagian bawah kiri anda.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian maklumat pelajar.
  5. Sila pilih kawasan DUN mengikut alamat tempat tinggal pemohon.
  6. Masukkan nama penuh (huruf besar) pemohon/pelajar.
  7. Masukkan no kad pengenalan pemohon/pelajar.
  8. Masukkan no telefon pemohon/pelajar/ibu bapa.
  9. Pilih universiti pemohon/pelajar.
  10. Pilih politeknik/tingkatan 6 diisi oleh pemohon politeknik atau tingkatan 6.
  11. Nyatakan nama penuh politeknik / sekolah (wajib diisi oleh pemohon yang belajar di politeknik atau tingkatan 6 sahaja) (dalam huruf besar).
  12. Pilih tahun pengajian (semasa) pemohon/pelajar.
  13. Pilih semester pengajian pemohon/pelajar.
  14. Nyatakan kursus pengajian seperti di dalam surat tawaran belajar.
  15. Pilih peringkat pengajian.
  16. Pilih pembiayaan pengajian.
  17. Sekiranya anda menjawab ”lain-lain” pada soalan di atas, sila kemukakan jawapan anda di ruangan.
  18. Nyatakan alamat menetap di Negeri Sembilan.
  19. Masukkan alamat e-mel (yang aktif) pemohon/pelajar.
  20. Pilih bangsa.
  21. Kemudian, klik [next].
  22. Anda dikehendaki mengisi dengan lengkap maklumat ibubapa/penjaga.
  23. Jika sudah selesai mengisi maklumat ibubapa/penjaga sila klik [next] untuk teruskan.
  24. Anda akan dibawa ke bahagian bantuan yang diterima keluarga.
  25. Sila isi maklumat bantuan yang diterima oleh keluarga pemohon/pelajar di ruangan yang disediakan.
  26. Pilih [ya] jika anda dalam golongan asnaf.
  27. Adakah anda pernah menerima bantuan komputer riba di tempat lain? Sekiranya jawapan anda “ya” sila nyatakan penyumbang tersebut di dalam ruangan yang telah disediakan.
  28. Seterusnya, klik [next].
  29. Anda dikehendaki mengisi maklumat adik beradik. Pastikan maklumat yang ada berikan adalah benar dan sahih berkaitan dengan maklumat adik beradik pemohon/pelajar.
  30. Klik [next].
  31. Di bahagian ini, anda dikehendaki upload/muat naik dokumen yang diminta (rujuk di senarai dokumen di atas).
  32. Sila muat naik/upload dokumen sokongan yang telah di sahkan.
  33. Untuk muat naik/upload sila klik [add file] dan pilih dokumen sokongan yang telah di sahkan.
  34. Sila [tick] kotak kecil senarai dokumen yang telah dimuat naik. Pastikan gambar dokumen sokongan yang telah di sahkan adalah jelas dan terang untuk memastikan permohonan yang dihantar lengkap dan tidak mengalami masalah.
  35. Jika semua dokumen sokongan yang disahkan telah selesai di muat naik/upload, sila klik [next]. Pastikan anda muat naik/upload dokumen sokongan yang telah di sahkan dengan lengkap supaya permohonan anda diluluskan dan tidak ditolak.
  36. Klik [submit] jika anda sudah berpuas hati dengan semua maklumat dan dokumen sokongan yang telah diisi dan dimuat naik.
  37. Permohonan bantuan komputer riba yayasan negeri sembilan 2022 telahpun berjaya dipohon.
  38. Proses kelulusan mengambil masa selama 1-2 bulan. Dan sumbangan komputer riba ini akan disumbangkan kepada pemohon yang layak pada tahun 2022.
  39. Selesai.

Semakan Status Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan 2022

Anda boleh semak melalui check status kelulusan bagi bantuan ini di:

[PERHATIAN] Terdapat 3 tapisan yang akan dilakukan. Anda akan dihubungi menggunakan medium whatsap / e-mel / call jika layak ditemuduga. sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar.

Punca atau Sebab Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022 Ditolak

Punca atau Alasan Permohonan Bantuan Komputer Riba Ditolak
1. Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak.
2. Semua dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muat naik di ruangan yang disediakan.
3. Dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak.
4. Permohonan yang tidak menepati syarat kelayakan akan ditolak.

Nombor Bantuan/Hotline Yayasan Negeri Sembilan

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi bantuan atau hotline di sini: 06-762 8046

Sumber: https://kerajaanonline.com/bantuan-laptop-yayasan-negeri-sembilan/