Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)

Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS): Cara Permohonan, Tarikh Permohonan, serta Syarat Kelayakan.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan

Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengalu-alukan permohonan Bantuan Am Kebajikan kepada warga Negeri Sembilan yang memerlukan.

Pemohon yang berkelayakan boleh ikuti perkongsian kami di bawah untuk ketahui cara permohonan serta maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Kebajikan MAINS.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan Bantuan Am MAINS dibuka bila-bila masa kepada warga Negeri Sembilan.

Latar Belakang MAINS

MAINS adalah badan bertanggungjawab bagi pengurusan zakat, wakaf dan kaunseling di Negeri Sembilan.

Bantuan AM Kebajikan MAINS

Syarat Kelayakan Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022

Bagi yang berhasrat untuk memohon, anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Permohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.
  2. Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.
  3. Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.
  4. Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang disenaraikan berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjaga
  3. Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohon
  4. Salinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika ada
  5. Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINI
  6. Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan
  7. Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )
  8. Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen Nelayan
  9. Salinan Penyata KWSP
  10. Penyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan Rumah
  11. Sebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)

Nota : Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK.

Skim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf

Fakir & Miskin :

  1. Bantuan Makanan
  2. Bantuan Membaiki Rumah
  3. Bantuan Perubatan dan Peralatan Perubatan
  4. Bantuan Hemodialisis
  5. Pembangunan Asnaf & Modal
  6. Bantuan Hari Raya
  7. Bantuan Kewangan
  8. Bantuan Persekolahan & Pendidikan
  9. Program Motivasi Fakir Miskin

Amil :

  • Pengurusan Amil
  • Kursus Amil
  • Tambang & Elaun Amil
  • Urusan Zakat Fitrah

Muallaf :

  • Saguhati Kemasukan Islam.
  • Program Kefahaman Islam & Kursus
  • Bantuan Kebajikan Muallaf
  • Membaiki Rumah dan Sewa Rumah
  • Bantuan Perkahwinan Muallaf
  • Bantuan Modal dan Perniagaan
  • Dermasiswa Muallaf
  • Pertubuhan Muallaf
  • Bantuan Membayar Hutang Keperluan Asasi (perlindungan, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan).
  • Bantuan Bencana Alam/Musibah (banjir, rumah terbakar, kerosakan akibat tanah runtuh atau ribut taufan).

Fisabilillah :

  • Saguhati Jawatankuasa Masjid
  • Pembiayaan Kursus Kefahaman Islam
  • Mengurus Jenazah Tanpa Waris
  • Bantuan Surau & Masjid
  • Derma Perayaan Islam
  • Bantuan kepada Pertubuhan Islam
  • Bantuan Tahunan Masjid
  • Aktiviti Pusat Kaunseling
  • Usaha Penterjemahan Kitab
  • Tahfiz Al-Quran
  • Bantuan kepada Badan Penguatkuasa Agama

Riqab :

  • Dermasiswa Pelajaran
  • Bantuan Sekolah Agama Rakyat
  • Pembudayaan Al-Quran Dan Ilmu
  • Bantuan kepada Sek.Men.Agama di Negeri Sembilan
  • Bantuan Kebajikan Am IPT
  • Bantuan Kebajikan Persekolahan
  • Saguhati Pelajar Timur Tengah
  • Pembayaran Elaun Penyelia Kafa
  • Bantuan Perpustakaan Sek.Agama
  • Bantuan Aktiviti Institusi Pendidikan

Ibnu Sabil :

  • Bantuan Tambang Musafir
  • Bantuan Tambang Pelajar
  • Insentif Naik Haji Pegawai Masjid

Cara Memohon Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022

Anda boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang di pautan berikut : BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM KEBAJIKAN MAINS

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai Bantuan Am MAINS, sila emel ke info@mains.gov.my atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.