Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan) 2022

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai program Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan) seperti syarat kelayakan, cara memohon dan cara semakan.

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan)

Bantuan Perkahwinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertujuan meringankan bebanan pasangan asnaf yang layak yang ingin melangsungkan Majlis Pernikahan atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Melalui bantuan ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh pasangan yang baru berkahwin.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan perkahwinan MAIWP? Berapa bantuan perkahwinan MAIWP? Rujuk di dalam artikel ini.

Artikel Lain: Bantuan Perkahwinan Selangor iGEMS RM300

Syarat Kelayakan Bantuan Perkahwinan MAIWP

Di bawah ini adalah beberapa syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini :

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Senarai Dokumen Memohon Bantuan Perkahwinan MAIWP

Untuk membolehkan urusan permohonan anda dipertimbangkan, pemohon hendaklah menyediakan dokumen berikut :

  1. Borang Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP boleh download di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.
  2. (1) Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  3. (1) Satu Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Suami, Isteri, Anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. (1) Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Untuk yang berada di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.
  5. (1) Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  6. (1) Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
  7. (1) Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  8. (1) Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP

Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP adalah hanya boleh dilakukan melalui offline sahaja. Bermaksud jika anda ingin memohon bantuan ini anda boleh download atau muat turun borang yang disediakan di bahagian senarai dokumen di atas.

Setiap pemohon mestilah membawa semua senarai dokumen yang dinyatakan di atas dan hantar sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP.

Berapakah bantuan perkahwinan MAIWP?

Jumlah bantuan ini pemohon boleh bertanya kepada pegawai MAIWP.

Bagaimanakah cara memohon bantuan pernikahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Pemohon boleh dapatkan borang manual di dalam artikel ini dan hantar bersama dengan dokumen yang diminta ke kaunter MAIWP.

Rujukan

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh rujuk di laman web di bawah:

Sumber: https://kerajaanonline.com/permohonan-bantuan-perkahwinan-maiwp/

1 thought on “Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP (Wilayah Persekutuan) 2022”

Leave a Comment