Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info terkini bshp atau bantuan sara hidup pelajar matrikulasi seperti jenis dan kadar bantuan, tarikh bayaran dan kelayakan

Lain: Dermasiswa Sultan Ismail Petra

Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi

Berikut adalah maklumat mengenai bantuan sara hidup pelajar matrikulasi BSHP yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/bantuan-sara-hidup-pelajar-matrikulasi/

Apa Itu Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi?

BSHP merupakan bantuan yang disalurkan kepada pelajar Matrikulasi baharu yang berkelayakan.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban sara hidup pelajar ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi.

Jenis dan Kadar Bantuan

1.Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)

Bantuan disediakan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.

Pelajar yang berkelayakan akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM 1,250.00 bagi setiap semester.

2.Tuntutan Tiket Penerbangan

Selain itu, pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditawarkan pengajian Program Matrikulasi di Semenanjung juga layak untuk membuat tuntutan tiket penerbangan pergi dan balik SEKALI sepanjang pengajian.

Pelajar perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu dan membuat tuntutan selepas pembelian di kolej masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelajar Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditempatkan di Kolej Matrikluasi Sarawak atau Kolej Matrikulasi Labuan tidak layak membuat tuntutan tiket penerbangan.

Tarikh Bayaran

Pelajar yang berkelayakan bakal menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Untuk makluman, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Kelayakan

Seperti yang dinyatakan, bantuan ini layak diterima oleh pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai BSHP, sila rujuk pautan berikut :

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-sara-hidup-pelajar-matrikulasi/