Bantuan e-Kredit Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Panduan bantuan e-Kredit tiket kapal terbang pelajar IPT Sabah Sarawak seperti jumlah bantuan subsidi & cara mohon bantuan tiket kapal terbang IPT

Lain: Pakej Perpaduan Prabayar Internet 2023 : Cara Langgan, Harga

Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT

Berikut adalah info mengenai bantuan tiket kapal terbang IPT yang dikongsikan oleh laman Bantuan e-Kredit Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Sabah Sarawak (ecentral.my)

Apa itu Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.

Pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023.

Jumlah Bantuan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023

Kerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak.

Pemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

bantuan tiket kapal terbang
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti 

Cara Pelaksanaan & Permohonan Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023

Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif e-kredit bagi membantu pelajar Sabah dan Sarawak di Intitusi Pengajian Awam (IPTA) untuk pulang ke kampung sempena perayaan atau cuti semester yang bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.

Menurut Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, inisiatif bantuan tiket kapal terbang itu akan dikreditkan ke akaun pelajar bagi membolehkan mereka membeli tiket kapal terbang, dengan sistem tersebut sedang dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA. Jelas beliau lagi, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 50,000 pelajar Sabah dan Sarawak.

Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Walau bagaimanapun, diharapkan kerajaan dapat memperincikan pelaksanaan subsidi ini bagi mengelakkan pelajar yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan namun tercicir disebabkan kekeliruan mereka.

Sumber: Bantuan e-Kredit Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Sabah Sarawak (ecentral.my)