Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM) seperti tarikh permohonan, syarat kelayakan, cara mohon dan dokumen diperlukan

Lain: Waktu Solat Selangor 2023 JAIS

Bantuan Zakat Ramadhan

Berikuta adalah info mengenai bantuan zakat ramadhan yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/bantuan-zakat-ramadhan-maidam/

Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM

Tarikh Permohonan

Permohonan perlulah dilakukan sebelum atau pada 17 Januari 2023.

Bantuan Zakat Ramadhan

Syarat Kelayakan

Pemohon dari golongan mualaf / saudara kita perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan berikut :

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu di tetapi TIDAK mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.

Saudara Kita yang TIDAK LAYAK :

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu

NOTA :

  • Bayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun pemohon.
  • Bagi pemohon yang tiada akaun, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebagai bukti.
  • Tidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.
  • Tarikh agihan akan dimaklumkan kemudian.
  • Pemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklan mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penghulu/Amil Zakat/ Pengerusi MPKK.

Cara Memohon Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM

Anda boleh muat turun borang permohonan Bantuan Zakat Ramadhan seperti di bawah.

Bantuan Zakat Ramadhan
Bantuan Zakat Ramadhan
Bantuan Zakat Ramadhan
Bantuan Zakat Ramadhan

Borang permohonan serta dokumen yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Dakwah-Saudara Kita sebelum atau pada 17 Januari 2023.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk kemukakan senarai dokumen sokongan bersama borang permohonan :

  • Salinan Kad Memeluk Islam / Pengesahan Memeluk Islam
  • Salinan MyKad / Passport / Visa Pemohon
  • Salinan MyKad Suami / Isteri
  • Salinan MyKad/ MyKid / Sijil Lahir anak-anak di bawah tanggungan:
  1. Anak belum bersekolah
  2. Anak sekolah rendah
  3. Anak sekolah menengah
  4. Anak pengajian tinggi
  5. Anak OKU
  • Salinan nombor akaun bank/ muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji & ASB)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan Bantuan Zakat Ramadhan, sila hubungi MAIDAM di butiran :

No. Telefon : 09 – 6303030

Laman Web : maidam.gov.my

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-zakat-ramadhan-maidam/