Biodata Dr Zaliha Mustafa Menteri Kesihatan Malaysia

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai biodata Zaliha Mustafa atau biodata Menteri Kesihatan Malaysia terkini serta latar belakang pendidikan dan keluarga.

Lain: Biodata Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Biodata Menteri Kesihatan Malaysia

Berikut adalah biodata menteri kesihatan malaysia yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/dr-zaliha-mustafa-menteri-kesihatan/

Biodata Zaliha Mustafa

Dr Zaliha Mustafa adalah antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Menteri Kesihatan, dengan seorang lagi adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sosok wanita yang menerajui KKM ini?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang profil dan biodata wanita ini.

dr zaliha mustafa menteri kesihatan malaysia

PROFIL

ZALIHA BINTI MUSTAFA

Umur : 58 tahun – Dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Johor

Status : Telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Ahmad Adzlan, seorang doktor. Mempunyai 4 orang anak

Ahli Parlimen : P141 Sekijang (Johor)

Profesion : Pernah bertugas sebagai doktor perubatan dan memiliki klinik sendiri iaitu Klinik Murni, Bandar Putra, Kulai, Johor

Facebook : Dr. Zaliha Mustafa

PENDIDIKAN

SEKOLAH PEREMPUAN SULTAN IBRAHIM (SIGS)

MRSM, KOTA BHARU – 1981

MATRIKULASI MRSM, SEREMBAN – 1982

FAKULTI PERUBATAN UKM – 1983-1989

KERJAYA

DOKTOR SISWAZAH, HSAJB – 1989/90

DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL DAERAH PEKAN – 1990

DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL TAIPING – 1991

DOKTOR PERUBATAN SWASTA, POLIKLINIK PENAWAR – 1993

DOKTOR PERUBATAN SWASTA, KLINIK MURNI – 1995

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI, KPWKM, PUTRAJAYA – 2018

PENGLIBATAN POLITIK

KETUA WANITA JOHOR BAHRU, PARTI KEADILAN NASIONAL – 1999

KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN NASIONAL – 2000

KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2003

PENGERUSI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2005

NAIB KETUA WANITA, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2007

AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (DIPILIH), PARTI KEADILAN RAKYAT – 2018

PENGERUSI BIRO STRATEGI, DASAR & LATIHAN, MPWP, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2020

PENGARAH STRATEGI NEGERI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2021

PENGERUSI JK PEMILIHAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2022

CALON DUN TANJUNG PUTERI, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2004

CALON PARLIMEN GELANG PATAH, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2008

PENGETUA AKADEMI KEADILAN (ARK), PARTI KEADILAN RAKYAT – 2009

Sumber: https://calonkeadilan.org/candidate/P141

Sumber: https://ecentral.my/dr-zaliha-mustafa-menteri-kesihatan/