Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023. Syarat kelayakan, tarikh serta semakan.

Artikel Lain: Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

TERKINI : Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Berita gembira ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa, 30 Ogos 2022.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Merdeka

  1. RM700 – Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah
  2. RM350 – Pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen

Tarikh Bantuan Khas Kewangan (BKK) Diberikan

Pembayaran BKK akan dibuat bermula Januari 2023.

Semakan Kelayakan

“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah telah diberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh pandemik, di mana satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Sumber: Pejabat Perdana Menteri