Cara Mohon Ependahuluan Mara & Semakan E Pendahuluan Mara

CARA MOHON EPENDAHULUAN MARA : SEMAKAN E PENDAHULUAN MARA (PINJAMAN)

Untuk makluman pemohon, tawaran Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA dibuka hanya kepada pelajar yang menerima tawaran daripada Institut Pendidikan MARA (IPMA) sahaja.

Pemohon boleh membuat semakan kelayakan skim Pendahuluan MARA ini sama ada Kolej atau Universiti yang diterima boleh mendapatkan pinjaman pendahuluan ini ataupun tidak.

Bagaimanakah cara mohon ependahuluan mara? Macam mana semakan kelayakan e pendahuluan mara? Bagaimanakah permohonan pinjaman pendahuluan mara?

Artikel berkaitan: Semakan Mrsm Keputusan Rayuan Tingkatan 1 dan Form 4

EPendahuluan Mara

Berikut adalah maklumat mengenai EPendahuluan Mara atau E Pendahuluan Mara

APA ITU EPENDAHULUAN MARA

EPendahuluan Mara adalah skim yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan atau mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Menerusi skim Pinjaman Pendahuluan MARA ini, pemohon akan diberikan bayaran dalam bentuk tunai bagi meringankan bebanan pelajar yang dalam kalangan kurang berkemampuan.

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PENDAHULUAN MARA

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang mesti dipenuhi oleh pemohon untuk mendapatkan kelulusan pinjaman pendahuluan MARA ini :

  1. Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2022 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan.
  2. Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
  3. Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Young Talent Programme (YTP) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).
  4. Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
  5. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan

CARA MOHON EPENDAHULUAN MARA

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON EPENDAHULUAN MARA ATAU PERMOHONAN PINJAMAN PENDAHULUAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

  1. Sila klik Link Permohonan Pinjaman Pendahuluan MARA di sini : http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowHome.
  2. Pemohon akan dibawa ke Halaman Utama E Pendahuluan MARA.
  3. Untuk mohon Pinjaman EPendahuluan MARA, sila klik [Permohonan Baru].
  4. Pemohon dikehendaki membuat Semakan Pra-Kelayakan terlebih dahulu.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pemohon di ruangan.
  6. Masukkan Nama Pelajar.
  7. Kemudian, pilih Nama Institusi.(NOTA) Institusi atau Kolej yang tiada di dalam senarai adalah TIDAK DITAJA.
  8. Klik [Seterusnya].
  9. Sila isi Maklumat dan Butiran yang diminta dengan lengkap dan benar.
  10. Rujuk di panduan di bawah.
  11. Selesai.

PERMOHONAN PINJAMAN PENDAHULUAN PELAJARAN MARA

Di bawah ini adalah tatacara untuk memohon pinjaman pendahuluan pelajaran MARA :

  1. Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang online06.mara.gov.my/ependahuluan/.
  2. Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri yang berhampiran bagi menerima pembayaran setelah permohonan diluluskan.
  3. Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.
  4. Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).
  5. Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak oleh Pelajar dan disertakan (4 salinan) bersama-sama :

  1. Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa.
  2. Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibu bapa.
  3. Salinan penyata gaji dan salinan Borang BE (cukai pendapatan) terkini bagi ibu bapa / penjaga yang bekerja dengan majikan.
  4. Sekiranya ibu bapa / penjaga bekerja sendiri dengan pendapatan kasar yang tidak dikenakan cukai, perlu dikemukakan salinan surat pengesahan pendapatan yang mempunyai cop jawatan rasmi sama ada daripada Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu atau Imam Masjid Kariah yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai.
  5. Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin yang mempunyai cop jawatan rasmi daripada Ketua Kampung, Ketua Mukim, Penghulu atau Imam Masjid Kariah yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai.
  6. Surat tawaran (asal dan salinan) kemasukan ke IPMa.

Borang permohonan, salinan dokumen dan kad pengenalan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Kampung, Penghulu, Penggawa, Pegawai Daerah, Wakil Rakyat, Guru Besar, Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun atau Pegawai MARA dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pegawai MARA Daerah (PMD), Pegawai Latihan Negeri (STO) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD).

SEMAKAN E PENDAHULUAN MARA

Kepada anda yang ingin membuat semakan e pendahuluan MARA atau check status kelulusan pinjaman pendahuluan pelajaran MARA boleh ikuti panduan di bawah ini :

PERKARACARA
Cara Semakan E Pendahuluan MARA1. Klik Link Semakan Pinjaman Penduluan di sini : http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin.
2. Isi ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda.
3. Masukkan Kata Laluan semasa Permohonan dibuat.
4. Klik [Masuk].
5. Keputusan Status Semakan anda akan dipaparkan.

E PENDAHULUAN MARA LOGIN

Bagi pemohon yang ingin login e pendahuluan MARA boleh tekan link atau pautan link di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
E Pendahuluan MARA Login/ Log MasukKlik Pautan ini : LOGIN EPENDAHULUAN MARA

BERAPAKAH JUMLAH PINJAMAN PENDAHULUAN PELAJARAN MARA?

Kadar bayaran yang boleh diluluskan oleh Pejabat MARA Negeri hanyalah dalam 3 amaun berikut :

  • RM1000 atau
  • RM1500 atau
  • RM2000

Pejabat Pembayar adalah di Pejabat MARA Negeri seluruh Malaysia

Pemohon akan menerima bayaran di Pejabat MARA Negeri yang telah dipilih semasa permohonan dalam talian dibuat.

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDAHULUAN MARA

  • Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian & Elaun Sara Hidup), bayaran balik pendahuluan ini akan dibuat melalui potongan Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM600.00 dari bayaran ESH yang pertama (ESH dibayar sekaligus untuk enam bulan pertama) serta RM100 sebulan bermula semester kedua dan seterusnya sehingga bayaran balik pendahuluan ini selesai sepenuhnya
  • Bagi pelajar yang mendapat tajaan daripada badan penaja lain, bayaran balik adalah tertakluk kepada persetujuan rasmi daripada badan penaja tersebut
  • Bagi Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian sahaja) serta pelajar yang tidak mendapat tajaan MARA atau mana-mana badan penaja lain, bayaran balik akan dibuat melalui ansuran bulanan sebanyak RM100.00 sebulan. Jadual bayaran balik akan dikeluarkan kepada Pelajar selepas satu (1) tahun tamat tajaan/pengajian berdasarkan kepada baki pinjaman pendahuluan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta peraturan yang berkuatkuasa pada ketika itu.
  • Sekiranya Pelajar mendapat tajaan MARA dan telah ditamatkan tajaan kerana gagal dalam peperiksaan, maka Pelajar adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik Pinjaman tersebut dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh penamatan tajaan.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai soalan dan masalah berkaitan dengan informasi yang diberikan anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini :

Nombor Hotline Pendahuluan MARA : 03-2613 2000/2042/2110/2038

Emel : infobpp@mara.gov.my.