Cara Mohon Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Mohon Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat), Syarat Kelayakan serta semakan.

Sumber: Permohonan Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat)

Rumah PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). 

Permohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun 2022 bagi setiap negeri bagi yang layak.

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia. 

ppr

2 Kategori Rumah PPR

Rumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:

  1. PPR Disewa
    • Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
  2. PPR Dimiliki
    • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
    • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
rumah ppr

Ciri-ciri Rumah PPR

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
    • Surau/Ruang Solat,  
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Senarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project

Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Syarat Permohonan Rmah PPR

Syarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Cara Permohonan

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di alamat INI.

Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:

1. Daftar Portal TEDUH

Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/

Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN

Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.

2. Aktifkan Akaun & Log Masuk

Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.

Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

3. Pilih Skim

Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.

Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.

Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.

Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.

NOTA:

Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

4. Masukkan Maklumat Pemohon

Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.

Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.

5. Pilih Projek

Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’

Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek
menggunakan nama projek dan negeri.

Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.

Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.

ppr

6. Muatnaik Dokumen Sokongan

Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut
keperluan.

Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.

7. Pengesahan & Hantar

Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

*Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.

Maklumat Lanjut

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Waktu Perkhidmatan :

Isnin hingga Khamis
9:00 am – 1:00 pm
1:00 pm – 2:00 pm (Rehat)
2:00 pm – 4:30 pm

Jumaat
9:00 am – 12:00 pm
12:00 pm – 2:45 pm (Rehat)
2:45 pm – 4:30 pm

Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Bahagian Pemantauan Swasta :
Tel : 03-8891 4200

Teknikal / Masalah Sistem :
Tel : 03-8891 4475
Emel : teduh@kpkt.gov.my

Meja Bantuan :
https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk