Cara Renew SSM Online & Perbaharui Perniagaan Di ezBiz

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara renew SSM online & cara perbaharui perniagaan ssm di laman ezbiz

Lain: i-Saraan KWSP Semak Status, Daftar Online & Kelebihan

Cara Renew SSM Online

Berikut adalah panduan cara renew ssm online dari laman https://ecentral.my/cara-renew-ssm-online/

Perbaharui Pendaftaran Perniagaan

PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN bukan sahaja boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan SSM, ezBiz Kiosk, portal ezBiz Online (ezbiz.ssm.com.my), malah boleh dilakukan di

  • BANK SIMPANAN NASIONAL; atau
  • BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD terpilih.
renew ssm online

Pembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tarikh luput tempoh pendaftaran.​

renew ssm online

Berikut dikongsikan caranya.

Di sini kami terangkan cara buat pembaharuan pendaftaran EEM (renew SSM online) melalui ezBiz.

renew ssm online

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
    (BORANG A1)
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  9. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa
    15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

Cara Aktifkan ID EzBiz Bagi Pengguna Pertama Kali

Jika anda merupakan pengguna kali pertama yang belum berdaftar, sila rujuk langkah berikut untuk mengaktifkan ID ezBiz SSM online.

LANGKAH 1

Mula-mula, layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/

Tekan butang sign up untuk mendaftar (jika anda pengguna kali pertama).

Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online terlebih dahulu.

Tekan butang ‘Sign Up’ dan isikan maklumat No IC dan Nama penuh seperti dalam kad pengenalan.

cara renew ssm online

LANGKAH 2

Kemudian log masuk seperti biasa.

Pelanggan akan menerima emel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.

LANGKAH 3

Setelah mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.

Muat Turun Aplikasi MySSM

Muat turun MySSM untuk urusan e-Perkhidmatan anda.

Hanya 3 langkah mudah:

1. Cari aplikasi mobil “MySSM” di Google Play (Android) atau Apple Store (iOS)

2. Muat turun aplikasi mobil “MySSM” di telefon bimbit anda.

3. Setelah muat turun, anda boleh gunakan aplikasi mobil “MySSM”

renew ssm online

Cara Renew SSM Secara Manual Di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat

Jika anda lebih sukakan cara manual dan pergi ke kaunter, anda boleh berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan melalui kaedah temujanji untuk elak beratur panjang.

Borang temujanji : https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx

Selain di Pejabat atau Cawangan SSM, kini anda juga boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di BSN atau Bank Rakyat.

renew ssm online

Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan
    untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa
    sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12)
    bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Harga Renew Lesen SSM

Fi yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.

  1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri
    seperti di kad pengenalan – RM30.00
  2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
    menggunakan nama tred – RM60.00
  3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
  4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Apa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?

Seperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut?

Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu.

Jika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama
perniagaan tersebut boleh digunakan).

Namun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan.

Dalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu).

Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau update terkini tentang SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi berikut:

Sumber: https://ecentral.my/cara-renew-ssm-online/