HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022

HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022, syarat kelayakan, cara pemohonan, serta semakan.

Artikel Lain: Cara Memohon Rumah PRIMA 2022

HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022

Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS) / Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022

Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak boleh mula dipohon mulai Januari ini.

HDAS merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim bantuan ini dan cara membuat permohonan serta projek perumahan terkini yang dibuka untuk pembelian.

Apakah HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak)?

HDAS merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman.

Skim ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan muda.

Skim ini akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd dengan Kerajaan Sarawak akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.

Permohonan bagi skim ini boleh dibuat menerusi pemaju yang tersenarai bagi projek yang diluluskan atau skim Mutiara Mortgage and Credit.

skim bantuan perumahan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berasal dari Sarawak.
  2. Permohonan mestilah berusia 21 tahun dan ke atas.
  3. Permohonan tidak berstatus bankrup.
  4. Semua jenis pembangunan perumahan yang dibiayai adalah di bawah Housing Development Corporation (HDC) dan skim rumah mampu milik yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Surat tawaran daripada Housing Development Corporation (HDC).
  2. Borang permohonan pembiayaan.
  3. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  4. Bukti pendapatan (slip gaji, baucer pembayaran dsb..) termasuk penyata bank akaun.

Senarai Projek Terkini HDAS (Januari 2022)

Senarai terkini setakat hari ini 25 Januari 2022, senarai nama pemaju pemaju perumahan yang telah berdaftar dengan MUTIARA untuk program HDAS.

senarai projek

Sila hubungi pemaju pemaju berdekatan dengan anda untuk pertanyaan.

Cara Permohonan

Mereka yang berminat boleh menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Groud Floor of The Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak dengan nombor telefon 082-313035 dan emel mmc@mutiaracredit.com.my.

registration form

Hubungi MUTIARA ditalian 082-313035 atau layari https://mutiaracredit.com.my/ untuk pertanyaan lanjut.

Sumber: https://ecentral.my/hdas-skim-bantuan-deposit-perumahan-sarawak/

Leave a Comment