Doa Masuk Bulan Rejab

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai doa masuk bulan rejab dan amalan bulan rejab yang boleh anda lakukan

Lain: Doa Selepas Solat Rumi & Maksud Doa

Doa Masuk Bulan Rejab

Berikut adalah maklumat mengenai bulan rejab yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/doa-masuk-bulan-rejab/

Doa Masuk Bulan Rejab

Sedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab.

Kurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.

Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.

Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan


Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]

Doa Masuk Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

Menurut perkongsian daripada laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak memiliki kelebihan yang khusus seperti amal ibadat tertentu. Ini selaras dengan hadith-hadith sahih.

Meskipun begitu, ini tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mengerjakan amal ibadah dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan yang dilaksanakan mempunyai kelebihan yang tertentu.

Selain membanyakkan berdoa, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir.

Ini juga sebagai latihan atau persediaan untuk menuju ke bulan Ramadan nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang sedang membuat persiapan menyambut bulan Rejab.

Selamat beramal dan semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin Ya Rabbal ‘ Alamin

Sumber: https://ecentral.my/doa-masuk-bulan-rejab/