e-Pengambilan PDRM Permohonan Polis & Semakan Panggilan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai e-pengambilan pdrm permohonan polis & semakan panggilan terkini 2022

e-Pengambilan PDRM

e-PENGAMBILAN PDRM : PERMOHONAN POLIS & SEMAKAN PANGGILAN TERKINI 2022

Untuk makluman sahabat – sahabat semua, sekiranya anak – anak / saudara mara / rakan – rakan / kenalan rapat berminat untuk menyertai pasukan Polis boleh membuat permohonan melalui E-Pengambilan PDRM.

Semua permohonan jawatan di PDRM hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut:

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

Cara Permohonan Online Melalui e-Pengambilan PDRM

ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan semakan status permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

e-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm

Semakan Jawatan

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
    kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Cara Semakan Status Permohonan

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Sumber: ecentral