e-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Penebusan Kredit

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai e-Tunai Belia Rahmah seperti tarikh permohonan, syarat & cara memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Lain: Tempat Simpan Duit Raya Anak (ASB, TH, SSPN SSP)

e-Tunai Belia Rahmah

Berikut adalah info mengenai e-Tunai Belia Rahmah yang dikongsikan oleh artikel di laman e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit (ecentral.my)

e-Tunai Belia Rahmah

Tarikh Permohonan

Tarikh pemberian inisiatif RM200 bagi tahun ini adalah mulai Jun 2023.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, permohonan kredit ePemula telah dibuka pada 11 April hingga 1 Jun 2022.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

e-belia tunai rahmah

Syarat & Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Untuk makluman, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa nerusia 18 hingga 20 tahun.

Syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan secara terperinci akan dikemaskini dalam masa terdekat melalui Portal Belanjawan 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

Sumber: e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit (ecentral.my)