Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia

Dalam artikel ini kami akan kongsikan jadual tarikh gaji penjawat awam 2022 untuk rujukan serta semakan kakitangan awam seluruh Malaysia.

Artikel lain: myBSN : Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Gaji Penjawat Awam 2022

Berikut adalah maklumat mengenai gaji penjawat awam 2022 yang dikongsikan oleh artikel asal di https://ecentral.my/gaji-penjawat-awam-2022/

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam

Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri di Malaysia.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Jadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022

tarikh gaji penjawat awam 2022

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2022Selasa 
Februari25.02.2022JumaatTahun Baru Cina – 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac25.03.2022Jumaat 
April25.04.2022Isnin 
Mei25.05.2022RabuHari Raya Puasa – 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)

Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
Jun24.06.2022JumaatHari Gawai – 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai25.07.2022IsninHari Raya Haji – 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos25.08.2022Khamis 
September23.09.2022Jumaat 
Oktober18.10.2022SelasaHari Deepavali – 24 Oktober 2022 (Isnin)
November25.11.2022Jumaat
Disember19.12.2022IsninHari Krismas – 25 Disember 2022 (Ahad)

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

NOTA: Tarikh bonus (Bantuan Khas Penjawat Awam adalah pada 22 Januari, iaitu bersekali dengan bayaran gaji).

Penyata Gaji Online Penjawat Awam

Kini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata Gaji melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  • 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  • 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan versi mobile sedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”. Panduan Pengguna boleh didapati  di Halaman Utama ePayslip JANM mobile. 

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Tarikh bayaran gaji Penjawat Awam atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini
boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Sumber: https://ecentral.my/gaji-penjawat-awam-2022/

Leave a Comment