KT Online: Cara Daftar & Semakan Dividen Koperasi Tentera

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai laman KT Online bagi pendaftaran KT Online & semakan dividen koperasi tentera

Lain: e-Housemen: Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan

KT Online

Berikut adalah maklumat mengenai laman KT Online yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/koperasi-tentera-kt-online/

Apa itu KT Online

Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian.

Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi juga boleh digunakan melalui aplikasi KT Online untuk telefon pintar, Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.

koperasi tentera

Pendaftaran KT Online

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://www.ktonline.com.my

Cara Login Kali Pertama

Berikut merupakan cara untuk anda login kali pertama LOGIN KOPERASI TENTERA(KT).

  1. Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
  2. Pilih jenis pengenalan berikut:
    • Tentera ID
    • No kad pengenalan
    • No passport
  3. Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
  4. Klik hantar OTP
  5. OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
  6. Masukan ID pengguna
  7. Cipta dan tetapkan kata laluan
  8. Masukan semula kata laluan
  9. Pilih imej dan frasa keselamatan
  10. Jawab soalan keselamatan
  11. Pendaftaran anda telah Berjaya

Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ktonline.mb&hl=en&gl=US

Login Koperasi Tentera (KT Online)

Setelah mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah berikut:

  1. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
  2. Masukan id pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
koperasi tentera
Foto: Angkatan Tentera Malaysia

Semakan Dividen

Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.

  1. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/
  2. Masukan ID pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
  7. Klik pada menu nombor akaun anda
  8. Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
  9. Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi

Maklumat Lanjut

No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk makluman Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT telah bertukar kepada nombor baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2303 0000

koperasi tentera

Sumber: https://ecentral.my/koperasi-tentera-kt-online/