Notis Bayaran Tunai BKM Seluruh Cawangan BSN Fasa 4

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Notis Bayaran Tunai BKM Seluruh Cawangan BSN Fasa 4, tarikh bayaran serta cara pembayaran.

Sumber: Notis Bayaran Tunai BKM Di Seluruh Cawangan BSN (Fasa 4) (ecentral.my)

Notis Dari BSN Mengenai Bayaran BKM Fasa 4 Secara Tunai

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 15 November 2022 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

BKM Fasa 4

Bagi bayaran tunai pula, BSN telah mengumumkan bahawa ia akan dilakukan mulai 15 November 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN.

Berikut dikongsikan cara penebusan tunai BKM di kaunter BSN bagi penerima yang layak:

Tarikh Bayaran Tunai BKM Di Kaunter BSN

Notis Penunaian Fasa 3 & Rayuan Bagi Penerima BKM Tunai

Penerima tunai adalah individu yang:

  • Tiada akaun bank
  • Gagal kredit

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Bu

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.

BKM Fasa 4

Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.

Berikut langkah membuat semakan status BKM: de

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. 
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Menu [Semakan Status].
  6. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  7. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  8. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  9. Selesai.

Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.

Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

bayaran tunai bkm

Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.

Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.

bkm fasa bayaran
bkm fasa bayaran
bkm fasa bayaran

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan Soalan Lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .

Borang

FAQ