Kerjaya Dan Pengambilan TUDM MIL MY: E-Pengambilan TUDM 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai e-pengambilan TUDM & semakan panggilan terkini 2022.

Artikel lain: E-Pengambilan PDRM & Semakan Panggilan

Kerjaya Dan Pengambilan TUDM: E-Pengambilan TUDM 2022

Berikut adalah panduan cara memohon rumah PRIMA 2022 yang diambil dari laman https://kerajaanonline.com/kerjayadanpengambilantudm-mil-my/

Kerjaya Dan Pengambilan TUDM: E-Pengambilan TUDM 2022

Untuk makluman anda, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telahpun membuka pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) melalui online di laman web e-Pengambilan TUDM.

Bagaimanakah cara permohonan e-pengambilan TUDM 2022? Apakah syarat kelayakan dan gaji?

Tarikh Permohonan TUDM 2022

Pemohon yang berminat boleh memohon bermula pada 22 Ogos 2022 dan tarikh tamat permohonan Perajurit Muda Lelaki adalah 23 September 2022.

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) TUDM 2022:

  1. Lelaki warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
  3. Lepasan SPM atau SVM.
  4. Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
  5. Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.

Syarat Asas Perajurit Muda TUDM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.

Calon Lepasan Diploma Kejuruteraan

Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.

Calon Lepasan Diploma

Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.

Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM / SVM

Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sains
  4. Fizik
  5. Kimia

Taraf Kesihatan

  1. Taraf Kesihatan: Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
  2. Penglihatan: Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

Syarat Minimum Ukuran Fizikal Perajurit Muda TUDM

UKURANLELAKI
Tinggi Minimum1.65 Meter
Berat Minimum49 KG
BMI18 Hingga 25

Syarat Fizikal Pengambilan TUDM (Lelaki)

UKURANWANITA
Tinggi Minimum1.57 Meter
Berat Minimum45 KG
BMI18 Hingga 25

Syarat Fizikal Pengambilan TUDM(Wanita)

Gaji Perajurit Muda TUDM

Gaji Permulaan:

GAJI TUDM 2022JUMLAH
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM 1,774.00
Skim SPM atau SVMRM1,879.00
Skim SKM Tahap 2RM 1,945.01
Skim SKM Tahap 3RM 2011.02
Skim Diploma KejuruteraanRM 2,341.07

Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)

KENAIKAN TAHUNAN: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

Bayaran Elaun Dan Insentif

  1. Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
  2. Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
  3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan

  1. Rawatan perubatan dan pergigian
  2. Pakaian seragam
  3. Waran perjalanan tahunan
  4. Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Cara Memohon Perajurit Muda TUDM

Kepada pemohon yang berminat untuk membuat permohonan Perajurit TUDM (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) 2022 melalui online boleh ikuti panduan lengkap di bawah ini:

Permohonan Perajurit TUDM (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) 2022 boleh di buat di laman sesawang kerjayadanpengambilantudm.mil.my

Daftar Akaun E-Pengambilan TUDM

Pemohon dikehendaki mendaftar akaun terlebih dahulu jika ini adalah permohonan kali pertama. Jika sudah akaun anda boleh terus login masuk ke portal.

PERKARAPAUTAN
Pendaftaran Akaun E-Pengambilan TUDM OnlineDaftar Akaun E-Pengambilan TUDM

Login E-pengambilan TUDM

PERKARAPAUTAN
Log Masuk E-Pengambilan TUDMLogin E-Pengambilan TUDM
  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  2. Log masuk di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
  5. Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  6. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  7. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  8. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Rujukan

Sebarang soalan atau persoalan, pemohon boleh hubungi pihak yang bertanggunjawab di bawah ini:

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100 / 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM.