Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN untuk Ijazah Kelas Pertama

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN untuk Ijazah Kelas Pertama, Syarat Kelayakan serta semakan.

Sumber: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)

Penyediaan Dokumen Sokongan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama ​​

Anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama?

Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Ia adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.

Sehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.

pengecualian ptptn kelas pertama

Dimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik, anda perlu menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan muat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.​​

Jom ikuti langkah mudah membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda.

Apakah Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama?

Pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.

Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.

NOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.

pengecualian ptptn kelas pertama

Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama

Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  6. Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Cara Permohonan

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!

Sila rujuk langkah-langkah membuat permohonan seperti di bawah:

ptptn
pengecualian ptptn kelas pertama

Layari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

pengecualian ptptn kelas pertama
pengecualian ptptn kelas pertama
pengecualian ptptn kelas pertama
pengecualian ptptn kelas pertama

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik adalah:

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Peringatan Mesra

 
Salinan dokumen sokongan  hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

pengecualian ptptn kelas pertama

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan : ​​
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama​​

Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran PTPTN Kelas Pertama

Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:

  1. Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
  2. Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
  3. Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.

Baca juga: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Pengalaman (Perkongsian Media Sosial)

Memandangkan ramai yang tanya macam mana nak dapat pengecualian bayaran ptptn. Mai sis share. Sis apply 13/8. Lulus 23hb/8. Tak sampai 2 minggu, kalau tiada masalah.

Pergi link https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.

Make sure you guys ada semua ni. If takde sila minta dari fakulti anda. Pastikan setiap sijil tu ada pengesahan dari uni okeyy. Sebab dalam borang online tu nak ada pengesahan. And sijil tak perlu berwarna even dia mintak berwarna. Yang penting pengesahan. Kalau takde sijil sijil ni sila kol uni.

  • Skroll degree yang tertulis “first class”. Skroll degree hanya boleh mohon if you guys dah ada exact tarikh konvokesyen. Macam sis punya konvo 31/3/2020.
  • Transkrip degree
  • Surat pengesahan tamat pengajian
  • Surat tawaran tajaan lain (kalau tajaan bertindih macam saya).
    .

Telefon careline PTPTN untuk dapat no pinjaman. Untuk permohonan, kena login no pinjaman. (gunalah plan data celcom RM35/bulan sebab free kol untuk semua talian termasuk nombor pejabat).

Then boleh la isi.

  • untuk uitm first class CGPA 3.5, uni lain sis tak tau.
  • yang ada exact tarikh konvo sahaja boleh apply pengecualian ptptn and apply skroll ye anak anak
    .
    Saya sertakan contoh lampiran di bawah
pengecualian ptptn
pengecualian ptptn
pengecualian ptptn

Maklumat Lanjut

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.

Baca juga: PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank