Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Syarat Tarikh Mohon & Bayaran

Seperti yang diwar-warkan sebentar tadi, Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

Pengeluaran Khas KWSP

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Pengeluaran khas kwsp
Pengeluaran khas kwsp

Sumber: Facebook KWSP

i-Akaun

Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tidak lama lagi.

Sumber: ecentral