PERKESO COVID 19 Cara Claim Faedah Dijangkiti Sewaktu Kerja

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara buat permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara di bawah Skim Bencana Kerja sekiranya mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja

Artikel berkaitan: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Syarat Tarikh Mohon & Bayaran

PERKESO COVID 19

Dimaklumkan bahawa pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara yang disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.

Tahukah anda apakah syaratnya dan bagaimana untuk membuat tuntutan faedah PERKESO COVID 19 ini?

Jom kami kongikan maklumat sepenuhnya.

skim bencana kerja
skim bencana kerja

Skim Bencana Pekerjaan : Faedah PERKESO COVID-19

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal 
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan  
  • Faedah Orang Tanggungan 
  • Faedah Pengurusan Mayat 
  • Faedah Pendidikan

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:  

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Jumlah Bayaran Faedah Yang Akan Diterima

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja.

Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

skim bencana kerja

Cara Claim (Memohon Faedah) PERKESO Bagi Kes COVID-19

Tuntutan faedah PERKESO COVID 19 boleh dibuat sama ada secara online ataupun secara manual.

I) CARA CLAIM SKIM BENCARA PERKESO (COVID19) SECARA ONLINE

Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah ( https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html ) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.

Nota: Sila login Portal Faedah di sini: https://faedah.perkeso.gov.my/

Portal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).

Borang tuntutan boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

Rujuk panduan mengisi Borang 34 di sini:

https://akak.my/wp-content/uploads/2022/03/Panduan_Mengisi_Borang_34Ver_Feb_2019.pdf

II) CARA CLAIM SKIM BENCANA PERKESO COVID19 SECARA MANUAL

Tuntutan untuk bencana pekerjaan secara manual boleh dibuat dengan mengemukakan borang-borang berikut:

  1. Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  2. Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang)
  3. Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
  4. Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
  5. Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)
  6. Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/ Salinan Aplikasi MySejahtera

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara claim PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi berikut di laman web PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html

Sumber: ecentral