Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu

Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Anugerah Pingat Emas & Kecemerlangan Yayasan Terengganu: Cara Permohonan, Tarikh Permohonan, serta Syarat Kelayakan.

Artikel Lain: Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023

Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu kini dibuka bagi pencapaian cemerlang anak-anak Terengganu untuk keputusan SPM, STPM dan STAM 2021.

Tarikh Permohonan

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan mulai 23 Ogos sehingga 22 September 2022.

Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu

Syarat Kelayakan

Calon yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:
    – Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)
    – Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)
    – Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtaz
  2. Ibu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atau
  3. Ibu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;
  4. Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.

Cara Memohon Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu

Permohonan untuk Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu boleh dipohon berpandukan langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/
  2. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan adalah betul dan lengkap.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon yang memohon juga perlulah memuatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  1.  Kad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa bukan rakyat Terengganu yang telah disahkan.
  3. Keputusan peperiksaan SPM atau STPM atau STAM yang disahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/.

Sumber: https://ecentral.my/anugerah-pingat-emas-dan-hadiah-kecemerlangan-yayasan-terengganu/