Permohonan Program Matrikulasi KPM 2022 / 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Info mengenai permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan mula dibuka pada bulan Mac 2022 di matrikulasi.moe.gov.my atau https matrikulasi moe gov my

Artikel menarik lain: Semakan Mrsm 2022 Keputusan Rayuan Tingkatan 1 dan Form 4

Permohonan Program Matrikulasi KPM

PERMOHONAN KE MATRIKULASI BAGI SESI 2022 / 2023

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan mula dibuka pada bulan Mac 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan bagi sesi 2022 / 2023.

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM ini juga biasa digelar disebagai ‘Matrix’ dan ia terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal

*Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.

Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.

Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.

Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Kelebihan Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Anggaran Yuran

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Cara Permohonan

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 2022 / 2023

Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.

Tarikh Semakan Keputusan / Rayuan

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan (Julai 2022).
  • Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)
matrikulasi kpm 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks

Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut:https://matrikulasi.moe.gov.my

Rujukan: https://madeinuitm.com/lepasan-spm-matrikulasi-atau-diploma/

Sumber: ecentral