Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4, syarat kelayakan, cara permohonan, serta semakan.

Baca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4

Makluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2023 kini dibuka mulai 1 September hingga 4 November 2022.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

permohonan mrsm

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝟭 𝗱𝗮𝗻 𝟰 𝟮𝟬𝟮𝟯

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Sila layari Portal Rasmi MARA:
http://www.mara.gov.my

semakan mrsm 2021

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Permohonan MRSM 2023

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar

Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Syarat Kemasukan Umum

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Lokasi MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.

lokasi mrsm

Tarikh Permohonan

1 September hingga 4 November 2022

Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
    Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Maklumat Lanjut

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : pengambilanmrsm@mara.gov.my

Sumber: https://ecentral.my/permohonan-mrsm-2023/