Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Daftar Bayaran Balik PTPTN Secara Direct Debit Online serta semakan.
Sumber: Cara Daftar Bayaran Balik PTPTN Secara Direct Debit Online
Cara Daftar Bayaran Balik PTPTN Secara Direct Debit Online
Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (DIRECT DEBIT) mengikut jadual
Bagi anda yang belum tahu, direct debit bermaksud pemotongan bayaran balik secara automatik daripada akaun bank anda setiap bulan.
Kini anda boleh membuat permohonan bayaran balik PTPTN secara direct debit secara online saja dan boleh dapat diskaun 12 % seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.
Pengenalan Bayaran Balik PTPTN
Tahukah anda setiap peminjam perlu mula membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian.
Peminjam tidak perlu menunggu notis (emel / surat) dari PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman boleh disemak secara online sahaja.
Kos upah atau lebih dikenali sebagai Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.
Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.
Jumlah Prinsipal Ujrah | Tempoh Bayaran Balik |
RM10,000 dan ke bawah | 5 tahun |
Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 | 10 tahun |
Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 | 15 tahun |
Melebihi RM50,000 | 20 tahun |
Semakan Penyata Pinjaman
Jika anda ingin mengetahui berapa jumlah pinjaman yang tinggal, anda juga boleh membuat semakan secara online.
Sila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.
Baca Juga: Cara Semak Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini
Caranya:
- Lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
- Klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.
- Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Untuk mendapatkan kata laluan sementara (login pertama kali), sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu.
Apakah Direct Debit PTPTN?
Tahukah anda, salah satu cara pembayaran pinjaman PTPTN yang paling mudah adalah melalui DIRECT DEBIT (auto tolak dari account bank yang didaftarkan).
Syarat untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :
- Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank – bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
- Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit Simpan SSPN PRIME) di PTPTN.
- Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
- Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
- Klik Mohon Direct Debit Simpan SSPN PRIME untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
- Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
- Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan atau e-Aduan.
Cara Daftar Direct Debit PTPTN Online (Panduan Bergambar)
Terdapat 8 langkah – langkah yang anda harus lakukan untuk pendaftaran DIRECT DEBIT .
Sila rujuk langkah di bawah:
Langkah 1 : Taip www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK
ATAU lebih mudah, terus ke pautan : https://www.ptptn.gov.my/debit-terus
Langkah 2 : Klik permohonan DIRECT DEBIT .
Langkah 3 : Klik Mohon DIRECT DEBIT PINJAMAN
Langkah 4 : Masukkan No Kad pengenalan berserta password dan log masuk
Langkah 5 : Klik PENYATA BAKI
Langkah 6 : Klik pendaftaran untuk DIRECT DEBIT
Langkah 7 : Klik PERMOHONAN BARU
Langkah 8 : Klik MOHON
Tahniah anda telah berjaya mengikuti langkah yang diberikan !
Untuk melihat manual yang lebih terperinci, sila rujuk:
manual_pengguna_direct_debit_onlineDownload
Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Direct Debit PTPTN
Untuk info lanjut tentang bayaran balik PTPTN secara direct debit, sila rujuk pautan di Portal Rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html