Semakan Permohonan Pelajar Tingkatan 1 Yayasan Selangor 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai semakan keputusan permohonan pelajar tingkatan 1 yayasan selangor 2022 rancangan khas pendidikan kementerian pendidikan malaysia

Keputusan Permohonan Pelajar Tingkatan 1

Makluman Pengambilan Murid Ke Tingkatan 1 Tahun 2022 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022

Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor

Tarikh semakan permohonan bermula pada 14 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022.

Apakah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS 2022) ?

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.

Pelajar-pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

Semakan Keputusan

Semakan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor di pautan berikut
http://sm.yselangor.com/smpysv2/

Tarikh Semakan:

  • 14 – 26 Mac 2022

Syarat Kelayakan RKPYS 2022

Permohonan dibuka kepada murid Tahun 6 / 2021 yang layak mengikut kriteria ditetapkan seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP3 dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar).
  3. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) kurang daripada RM2,000 sebulan.
  4. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  5. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
yayasan selangor 2022

Cara Permohonan Yayasan Selangor

Bermula pada 25 Januari 2022, permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor iaitu di pautan yayasanselangor.org.my

  • Mengisi Borang Permohonan (DALAM TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022
  • Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022

Dokumen yang diperlukan:

  1. Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) – 1 salinan
  2. Keputusan UPKK (sekiranya ada) – 1 salinan
  3. Sijil PAJSK – 1 salinan
  4. Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga – 1 salinan
  5. Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa – 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  6. Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga – 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).
  • Semua dokumen di atas perlu disahkan

Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya .

yayasan selangor 2022

MUAT TURUN BORANG :

1) Borang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian) 
2) Borang Pengesahan Pemastautin
3) Borang Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Yayasan Selangor melalui saluran berikut:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : hep@yselangor.com

Anda juga boleh meneliti syarat dan kriteria lebih lanjut melalui pautan berikut:

Sumber: ecentral