Tempat Simpan Duit Raya Anak (ASB, TH, SSPN SSP)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info tempat terbaik simpan duit raya anak seperti tabung haji, ASB, SSPN, emas, BSN SSP, simpan di bank dan sebagainya.

Lain: Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS

Simpan Duit Raya Anak

Berikut adalah info mengenai cara simpan duit raya anak yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/tempat-terbaik-simpan-duit-raya-anak/

Tempat Simpan Duit Raya Anak

1. Tabung Haji

Sekiranya anak anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, ada baiknya anda membuka dan menyimpan di TH terlebih dahulu kerana dengan serendah RM100 deposit, anda boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji.

Selain itu, setiap dividen yang diberikan TH setiap tahun juga sudah ditolak dengan bayaran zakat jadi keuntungan yang anda dapat adalah “bersih”.

Mungkin bukan kesemua simpanan duit raya anak anda diletakkan di TH, tetapi simpan sedikit duit raya anak dalam TH agar apabila tiba giliran mereka untuk menunaikan Haji kelak, mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.

2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)

Dengan deposit serendah RM10, anda boleh menyimpan duit raya anak anda dalam ASB.

Dengan purata kadar dividen 5 – 7 peratus (berubah-ubah ikut prestasi pelaburan), ASB merupakan antara alternatif terbaik berbanding menyimpan duit raya anak anda di bank.

Maka, tak hairanlah ia menjadi salah satu instrumen paling popular untuk simpan duit raya anak!

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Anda juga boleh simpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional demi pendidikan masa hadapan anak-anak.

Selain dividen, terdapat pelbagai lagi manfaat menyimpan di SSPN antaranya takaful, geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai dan banyak lagi.

4. Emas

Bagi yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas, boleh juga simpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas.

Namun awas, pastikan pelaburan emas yang anda sertai adalah sah memandangkan ramai mangsa yang telah menjadi mangsa pelaburan emas akibat tidak mempunyai ilmu.

5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)

Ana juga boleh simpan duit raya anak anda di BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik

SSP adalah produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah.

SImpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BSN SPP di https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Deposits-i/bsn-ssp?lang=ms-MY&csrt=9137449044850470729 atau kunjungi cawangan BSN berhampiran anda.

6. Simpan di bank

Sekiranya anda benar-benar tidak yakin dengan mana-mana pilihan di atas, simpan sahaja duit raya anak anda dalam bank.

Jangan simpan di rumah kerana anda tidak akan memdapat sebarang dividen.

Walaupun dividen yang diberikan mungkin kurang berbanding mana-mana pilihan di atas, anda tetap mendapat dividen daripada setiap simpanan.

Sumber: https://ecentral.my/tempat-terbaik-simpan-duit-raya-anak/