Cara Permohonan SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa Selangor)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Permohonan SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa Selangor), Syarat Kelayakan serta Semakan.

Sumber: PERMOHONAN SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa Selangor)

Cara Permohonan SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa Selangor)

Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor, kini kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melalui Skim Mesra 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan syarat kelayakan yang ditettapkan, semoga membantu.

Apa Itu Skim Mesra Insan Istimewa

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) merupakan salah satu program dibawah Program Mesra yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan OKU sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.

smis

Manfaat Skim Mesra Insan Istimewa

Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperolehi melalui SMIS ini iaitu:

ManfaatKeterangan
Baucar Beli-Belah RM150Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidupBaucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftarBaucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahajaBaucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuatBaucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
Khairat Kematian RM 500 Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahajaTertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUNJika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYANRujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian

Syarat Kelayakan Skim Mesra Insan Istimewa

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan SMIS iaitu:

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Tiada had umur; DAN
  3. Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
  4. Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  5. Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  6. Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  7. Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran di buat

Dokumen Sokongan Skim Mesra Insan Selangor

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan seperti berikut iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir/Mykid pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Pewaris
  • Salinan Kad OKU dari JKM.
  • Salinan semakan daftar Pemilih SPR (bagi pemohon berumur 18 tahun & ke atas).
  • Salinan semakan daftar pemilih SPR ibu atau bapa (jika pemohon berumur bawah 18 tahun).
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkaitan).
  • Sijil Kematian si mati (jika Berkaitan).

Baca Juga: Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Untuk Semua Murid

Terdapat dua kaedah permohonan SMIS ini iaitu secara online ataupun borang. Berikut adalah merupakan caranya:

Permohonan SMIS secara online:

  1. Layari pautan Permohonan Skim Mesra: https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan anda

Permohonan SMIS secara Manual

  1. Muat turun borang permohonan SMIS: https://e-mesra.yawas.my/mesra/borang/borangSMIS2023.pdf
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat Lanjut Skim Mesra Insan Selangor

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS), sila yarai portal rasmi Skim Mesra di pautan https://e-mesra.yawas.my/mesra/