Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai bayaran faedah atau pencen PERKESO dan tarikh pembayaran bagi tahun 2023 ini.
Sumber: Tarikh Bayaran Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2022
Apakah Bayaran Faedah PERKESO 2023?
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Baca juga: Pencen PENAKAT PERKESO: Khas untuk Wanita
Tarikh Bayaran Pencen PERKESO 2023
Tarikh bayaran PERKESO 2023 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.
Bil. | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Januari | 25 Januari 2022 | Selasa | 1 Februari 2022 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina |
2 | Februari | 1 Mac 2022 | Selasa | – |
3 | Mac | 1 April 2022 | Jumaat | – |
4 | April | 26 April 2022 | Selasa | 1 Mei 2022 bersamaan Hari Pekerja 3 Mei 2022 bersamaan Hari Raya Puasa |
5 | Mei | 25 Mei 2022 | Rabu | 30 Mei 2022 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2022 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 1 Julai 2022 | Jumaat | – |
7 | Julai | 1 Ogos 2022 | Isnin | – |
8 | Ogos | 1 September 2022 | Khamis | – |
9 | September | 30 September 2022 | Jumaat | 1 Oktober 2022 bersamaan Hari Sabtu |
10 | Oktober | 17 Oktober 2022 | Isnin | 24 Oktober 2022 bersamaan Hari Deepavali |
11 | November | 1 Disember 2022 | Khamis | – |
12 | Disember | 20 Disember 2022 | Selasa | 25 Disember 2022 bersamaan Hari Krismas |

i) Skim Keilatan
Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
ii) Skim Bencana Pekerjaan
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
Semua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran PERKESO.
Tentang PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO 2023.
Maklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2023
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.
Kenapa tiada bayaran perlindungan semasa saya mengalami kemalangan semasa berkerja dan mengalami kecederaan 3 jari (jari kelingking patah dan 2 jari lagi retak dan kuku pecah)
Hospital sg.buloh hanya memberi 3 hari mc dan selepas itu saya diberitahu untuk membersihkan luka dimana-mana klinik kesihatan terdekat dengan tempat tinggal,jadi saya datang ke klinik kesihatan kota Damansara Seksyen 8 setiap kali membersihkan luka dan setiap kali hadirkan diri ke klinik kesihatan kota Damansara Seksyen 8 setiap minggu saya terpaksa cuti kerja dan tidak mendapat surat mc disebabkan membuat oppointment melalui online sebelum datang mencuci luka.saya sudah bertahun mencarum dengan perkhidmatan PERKESO tapi saya kurang puas hati dengan perlindungan kecederaan yang diberi.
tu lah hospital subgai buloh ni bab1
Kene pegi perkeso tuntut. Mtk surat doktor
Mengapa jadual bayaran pencen penakat 2023 asyik keluar senarai 2022?Tolong kemaskini kalau silap atau belum asa lagi?Amat mengeliru dan mengecewakan..Jadual utk pesara kerajaan 2023 ok pula.T.Kasih.
Kn.. Kite check nk tgok bayaran utk 2023 yg lalu asyik 2022.. Hampehh
Nak tanye bila pembayaran penakat january 2023
Aah asyik keluar yg 2022 ja
2laaa sy pun nk thu 1ljgk…rasanye bln 1 xd msuk pape byrn pncen prnakat ni lg kan…ke sy sorg yg trtingl ketepi ni…ni dh bln 2..bln 3 sesi skh baru dh..
Betul tu asyik keluar 2022 je
Please provide me socso pension date and month for the year 2023. Thanks
Nama saya norhanim penerima pencen ilat .kami penerima pencet ilat ingin memohon agar kerajaan naikkan pencen ilat pada setiap tahun seperti pencen kerajaan dan diberi bonus .kerana kami pekerja turut menyumbang kepada ekonomi negara.Harap Pihak kerajaan dapat menunaikan permintaan kami.Dan kami boleh tolong bagi jadual bayaran pencen penakat tshun 2023.
Saya amat setuju sgt, dpt 7-8 peratus pn ok, ni dh lama xnaik, bila kali terakhir naik n bera peratus
Kenapa masih keluar jadual tahun 2022 ya?dah berapa kali check keluar yg sama je
Bila nk klua yg tahun 2023
Pls provide jadual perkeso 2023
PM10 dah ada, menteri n kmenterian dh ada so knapa jadual bayaran ilat 2023 susah Sgt nk diterbitkn. Utk kmudahan rakyat kn itu 1 kbajikan sbagai info.
Plz correct the timetable
BILA NAK NAIK PENCIN ILAT
Tolong senaraikan berapa peratus mengikut tahun yang di terima
BILA NAK NAIK PENCIN ILAT
Nama saya norhanim penerima pencen ilat .kami penerima pencet ilat ingin memohon agar kerajaan naikkan pencen ilat pada setiap tahun seperti pencen kerajaan dan diberi bonus .kerana kami pekerja turut menyumbang kepada ekonomi negara.Harap Pihak kerajaan menunaikan permintaan kami.
Kenapa saya mendapat jumlah pencen ilat yg berkurangan dlm 200.00 setiap bulan.. daripada yg ditawarkan /tercatat didlm surat kelayakanan…pemohon…
Pencen ilat bulan feb dibayar bila ya?tulis di jadual 1 mac,tp sampai skrng masih x dpt..blh tolong bg penjelasan x?