Cara Daftar THiJARI: Login serta Semakan Penyata Tabung Haji Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Daftar THiJARI: Login serta Semakan Penyata Tabung Haji Online.

Sumber: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Berita baik bagi penyimpan Tabung Haji (TH), kini anda dah boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI.

Kalau sebelum ini mungkin kita hanya akan dapat mengetahui baki dengan menyemaknya di ATM atau secara manual dengan hadir ke kaunter TH.

Kini, Tabung Haji dah ada pun portal sendiri iaitu THiJARI yang membolehkan kita melakukan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat seperti juga MyASNB.

thijari

Baca juga : 

Perkhidmatan Tabung Haji Online Yang Ditawarkan Di THiJARI

Rangkaian perkhidmatan digital THiJARI menyediakan pelbagai perkhidmatan Tabung Haji online yang amat memudahkan seperti:

1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan

Pelanggan Tabung Haji online boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.

Di samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari 
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan.

Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam (6) bulan terkini.

Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2. Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan Tabung Haji Online boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.

Pelanggan THiJARI boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.

Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Memang cukup memudahkan!

3. Kelab TaHa

Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan melalui portal THiJARI.

thijari

Cara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI

Untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji online ini, sila ikuti langkah berikut:

1. Kemaskini Maklumat Ahli

Pertama sekali, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli di kaunter TH (paling penting adalah maklumat nombor telefon bimbit).

Ini kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Maka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

thijari

*MAKLUMAN: Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

2. Layari Laman Web THiJARI

Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.

Anda boleh menggunakan telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain.

3. Isikan Maklumat Peribadi

Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.

thijari tabung haji online

4. Cara Semak Akaun Tabung Haji Online Sendiri & Anak

Sebaik selesai mengisi maklumat peribadi, pendeposit boleh login semula dan terus menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.

Namun, akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 

Untuk menyemak akaun anak melalui THiJARI, penjaga boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun”.

thijari

Pendaftaran Kelab TaHa / TaHa@U

Jika ibu ayah mempunyai anak-anak yang berusia antara 7-17 tahun, anda boleh mendaftarkan Kelab TaHa untuk mereka melalui portal Tabung Haji online ini.

Pendaftaran Kelab TaHa@U pula dibuka bagi anak-anak berusia 18 hingga 25 tahun dan masih menuntut di IPTA/IPTS atau yang setaraf dengannya.

Ahli kelab ini mempunyai banyak manfaat oleh Tabung Haji.

Mereka juga akan diberi keutamaan serta berpeluang untuk menyertai : 

  • Latihan amali/praktikal
  • Program-program kemasyarakatan.
  • Sukarelawan musim haji di dalam operasi haji tanah air
  • Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah.
  • Diskaun harga di rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh malaysia.

Menarik kan?

Jadi, jangan lupa daftarkan anak-anak sekali untuk Kelab TaHa / Kelab TaHa@U ini setelah anda berjaya mendaftar ThiJARI.

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji