Permohonan Transkrip UiTM Online (Rasmi)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara memohon transkrip uitm online untuk dapatkan transkrip uitm rasmi

Lain: Cara Kuatkan Signal Wifi Mudah & Cepat

Transkrip UITM Online

Berikut adalah panduan cara memohon transkrip uitm online yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/transkrip-uitm-online/

Permohonan Transkrip UITM Online

Permohonan transkrip UITM yang rasmi boleh dibuat secara online sahaja.

Transkrip ini penting terutamnya bagi graduan yang mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, sesetengah bakal majikan juga ada kalanya akan meminta transkrip ini bagi memastikan subjek yang diambil di UITM mempunyai kaiitan dengan jawatan yang dipohon oleh calon.

Proses memohon transkrip UITM secara online ini juga tidaklah sukar dan biasanya anda akan mendapat transkrip rasmi anda dalam beberapa hari sahaja setelah permohonan dibuat secara dalam talian.

  1. Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon masih berhutang dengan Universiti.
  2. Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja setelah pembayaran dibuat. (Tidak termasuk tempoh pos).
  3. Jika pihak UITM tidak menerima bayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja permohonan anda akan dibatalkan.
  4. Tiada bayaran balik akan diberikan setelah pembayaran dibuat.
  5. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip rasmi yang dihantar melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
  6. Transkrip Rasmi akan dikeluarkan untuk program berikut sahaja (Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana (Mod Campuran) dan PhD (Mod Campuran).
  7. Kaedah ambil sendiri boleh dibuat di:
    Bahagian Rekod dan Konvokesyen Pelajar (BRPK)
    Pejabat Pendaftar Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam
transkrip uitm online

Cara Permohonan Secara Online

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan anda mendapatkan trankrip UITM secara online.

  1. Layari portal rasmi UITM di alamat https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm
  2. Di halaman tersebut, masukkan Studen ID, Nombor Kad Pengenalan dan Kod Program
  3. Klik butang “Login”
  4. Klik butang “New Application”
  5. Lengkapkan borang dengan segala butira yang diminta
  6. Pilih sama ada hendak menerima transkrip UITM anda secara pos atau ambil sendiri
  7. Muat naik salinan IC yang telah disahkan
  8. Klik butang “Submit Application”
  9. Bil akan dijana serta merta dan boleh disemak di portal pelajar
  10. Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran secara dalam talian
  11. Muat turun borang yang telah dilengkapkan tadi
  12. Simpan bukti pembayaran untuk rujukan di masa hadapan
  13. Muat turun “Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar” di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/BPSPP.pdf
  14. Lengkapkan borang di atas
  15. Emel kedua-dua borang bersama-sama slip bayaran kepada pegawai bertugas mengikut fakulti masing-masing. Nama dan emel pegawai bertugas boleh disemak di direktori https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html

Maka setelah selesai mengikuti langkah-langkah di atas, tunggu sahaja sehingga transkrip UITM anda sampai ke alamat anda.

Sumber: https://ecentral.my/transkrip-uitm-online/