UFPK : Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai UFPK SPA iaitu Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan seperti jawatan yang memerlukan ujian, jenis ujian & panduan.

Lain: Sistem Pemantauan Operasi Tugas Penjawat Awam SpotMe

UFPK

Berikut adalah maklumat mengenai UFPK yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) SPA (ecentral.my)

Apa itu UFPK

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan atau singkatannya UFPK merupakan satu ujian terhadap keadaan fizikal dan pancaindera anda serta mengetahui tahap seseorang calon yang memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh SPA.

Komponen utama UFPK

Secara asasnya, terdapat 2 komponen utama dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) ini iaitu:

  1. Pemeriksaan fizikal dan pancaindera
  2. Kecergasan

Calon-calon temuduga SPA perlulah melepasi kedua-dua komponen ini sebelum permohonan anda untuk jawatan kosong SPA itu akan diteruskan ke peringkat seterusnya.

Jawatan yang perlu menjalani UFPK

Mengikut laman web SPA, berikut merupakan senarai jawatan yang wajib menjalani ujian UFPK ini:

  1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  2. Pegawai Siasatan Gred P41
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  5. Pegawai Kesatria Gred S41
  6. Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
  7. Pembantu Kesatria Gred S17
  8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
  9. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  10. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  11. Penguasa Penjara Gred KA41
  12. Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  13. Pegawai Penjara Gred KA19
  14. Penguasa Bomba Gred KB41
  15. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  16. Pegawai Bomba Gred KB19
  17. Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  18. Pegawai Imigresen Gred KP19
  19. Leftenan Muda Maritim Gred T13
  20. Bintara Muda Maritim Gred T5
  21. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  22. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  23. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  24. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Jenis Ujian UFPK

Berikut merupakan beberapa perkara yang akan diuji terhadap setiap calon yang menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK):

  • Ujian ukur tinggi
  • Ujian ukur berat
  • Ujian indeks jisim tubuh (BMI)
  • Ujian ukur dada (bagi calon lelaki sahaja)
  • Ujian pendengaran
  • Ujian penglihatan
  • Ujian pengecaman warna
  • Pemeriksaan tubuh badan
  • Gaya berjalan & berkawad
  • Ujian kecergasan (Bangun Tubi, Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter, Larian 2.4 km)

Panduan UFPK

Anda boleh layari laman Youtube di bawah ini untuk ketahui bagaimana ujian UFPK akan dilakukan terhadap setiap calon.

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera – YouTube

Dokumen UFPK / Kelengkapan UFPK

Calon-calon yang menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) hendaklah membawa bersama dokumen / kelengkapan berikut untuk menjalani ujian ini:

  1. Memapakai pakaian sukan yang bersesuai
  2. Surat panggilan pemeriksaan fizikal yang di cetak melalui emel atau Portal SPA
  3. Kad Pengenalan
  4. Berambut pendek dan kemas
  5. Mematujhi arahan Ketua Penguji / Ketua Pemeriksa
  6. Berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan

Sumber: Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) SPA (ecentral.my)