Cara Mohon Zakat UniSZA 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Zakat UniSZA 2022: Cara Permohonan, Syarat Kelayakan serta Semakan.
Artikel lain: Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023
Cara Mohon Zakat UniSZA 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin kini menawarkan Zakat UniSZA buat pelajar berstatus aktif dan sepenuh masa.
Permohonan Zakat UniSZA ini dikelolakan oleh Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).
Tawaran zakat ini bertujuan untuk membantu para pelajar UniSZA yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka dari segi kewangan dalam meneruskan pembelajaran di universiti.
Di samping itu, zakat ini juga dapat membantu pelajar UniSZA yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.
Tarikh Permohonan Zakat UniSZA 2022
Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan mulai 25 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 8 September 2022.
Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Pelajar Sepenuh Masa UniSZA.
- Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah.
- Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
Cara Memohon
Calon yang ingin memohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
- Layari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu https://siswa.unisza.edu.my/login.php.
- Masukkan Username dan Kata Laluan.
- Klik ‘Bantuan Kebajikan Pelajar’ dan ‘Bantuan Zakat.’
- Kemudian klik ‘Permohonan.’
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401.
Sumber: https://ecentral.my/zakat-unisza-2022/