Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme, syarat kelayakan, cara memohon, serta semakan.

Baca Juga : Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia kini dibuka untuk golongan belia Autisme.

Program ini bakal berlangsung di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), iaitu sebuah institusi kemahiran di bawah Kenterian Belia dan Sukan (KBS) bagi melahirkan tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari sudut kemahiran, pengetahuan dan sahsiah bagi membangunkan modal insan yang baik untuk masa depan negara.

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi program ini adalah pada 28 Ogos 2022.

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti

Program Latihan Yang Ditawarkan

Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu :

Program latihan kemahiran dalam bidang cafe dan makanan. Antara modul utama ialah Pengoperasian Cafe dan Standard Prosedur Operasi cafe dan pembangunan produk.

Lokasi Program : IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Lokasi Program : IKBN Kuala Selangor, Selangor

Syarat Permohonan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme

Calon yang berminat untuk sertai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 30 tahun.
  3. Terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  5. Boleh berdikari dan lulus temu duga.

Cara Memohon

Calon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Klik pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeALeZahSNX4MMRvBsY7-y4cBblz844h1OPJd0PenRSrD0oPw/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.
  4. Semak dan pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme), sila hubungi :

  • Puan Maizun: 04-522 5288
  • En Basirul: 03-3180 1670
  • Puan Hanita: 03-8871 37701

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon juga boleh menghantar emel ke autismeilkbs@gmail.com.

Sumber: https://ecentral.my/program-latihan-kemahiran-inklusiviti/