Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023, syarat kelayakan, cara permohonan serta cara semakan.

Artikel Lain: HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023

Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Bayi Kelahiran Sarawak Sebanyak RM 1,000 ~ Bermula tahun 2019, setiap anak kelahiran Sarawak berpeluang untuk peroleh insentif sebanyak RM 1,000.

Insentif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak bagi mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam dewasa kelak.  

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang EFS untuk makluman bersama.

Apa Itu Endowment Fund Sarawak?

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Syarat-Syarat Kelayakan Endowment Fund Sarawak Bagi Bayi Kelahiran Sarawak

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Lahir di luar Sarawak atau luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa merupakan pemegang MyHad berstatus ‘K’
  • Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran

Bagi kategori anak angkat :

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat perlulah berstatus pemegang MyKad ‘K’ dan
  • Mempunyai sijil pengangkatan yang sah
Endowment Fund Sarawak

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan di semua 5 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS serta dokumen yang tersenarai seperti berikut :

  • Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,
  • Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau
  • Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
  • Borang EFS yang diisi lengkap

Borang EFS boleh didapati di bawah :

CIF-01-Account-Opening-Form-for-EFS-programmeDownload

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau anda juga boleh layari website https://isarawakcare.sarawak.gov.my/

Sumber: https://ecentral.my/endowment-fund-sarawak/