MAPPA XVIII: Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam

MAPPA XVIII: Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MAPPA XVIII: Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam, syarat kelayakan dan cara semakan.

Artikel Lain: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

MAPPA XVIII: Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam

Berita baik! PM Ismail Sabri Yaakob umum Kenaikan Gaji Tahunan tambahan khas RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga 56 mulai Januari 2023

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan ini.

Tarikh Kemasukan dan Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan

RM100 yang akan berkuatkuasa Januari 2023.

PUTRAJAYA: Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari depan, kata Perdana Menteri, sebentar tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman itu bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri itu adalah antara enam inisiatif yang diumumkan pagi ini, mendapat sorakan gemuruh kira-kira 8,000 penjawat awam yang hadir pada majlis pagi ini.

Baca laporan penuh inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) : MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18